FORMULA EMPAYAR PERFUME

Sertai Bersama Dengan 350+ Usahawan Yang Lain Membina Empayar Bisnes Minyak Wangi Jenama Mereka Sendiri!

7 Formula Ini Menjadikan Anda Jutawan Senyap Dengan Jenama Perfume Sendiri Dalam Masa 1 Tahun Dari Sekarang!

..Bukan itu sahaja, anda juga boleh membina empayar bisnes sendiri (dan buat duit besar) dengan adanya jenama anda tertera di botol minyak wangi yang terjual di seluruh Malaysia..!!









Siapa kami? Dan bagaimana kami boleh membantu anda menjadi Jutawan Perfume dalam masa 1 tahun dari sekarang?

Hai & Salam perkenalan.. Perfume Heaven Global Sdn Bhd (1254052-U) adalah sebuah kilang yang memproses dan membantu pemilik produk membuat packaging untuk jenama minyak wangi mereka sendiri. Kilang kami merupakan pengeluar produk wangian nombor 1 HALAL di Malaysia. Kami sudah menapak di dalam pasaran Malaysia selama 12 tahun semenjak 2010. Sehingga ke hari ni, kami sudah membantu lebih 350+ usahawan mencipta kekayaan dan membina empayar bisnes mereka sendiri melalui jenama minyak wangi milik mereka sendiri. Bukan itu sahaja, kami juga melatih ejen jualan perfume kami sehingga mampu memiliki 5-6 angka pendapatan setahun. Sebelum saya bercerita lebih lagi, jom tengok minyak wangi yang dikeluarkan di bawah jenama Perfume Heaven: Sehingga kini, kami mahu melatih lebih ramai lagi usahawan baru di dalam bidang minyak wangi ini. Sasaran kami, pada tahun 2021 nanti, kami dapat melahirkan lebih kurang 200 usahawan dengan 10 orang jutawan baru dalam dunia bisnes perfume ini. Saya percaya.. dengan formula yang betul, bimbingan serta nasihat dari orang yang betul.. lebih ramai usahawan minyak wangi boleh mencapai RM1 juta dalam masa 1 tahun dari sekarang!

Potensi jualan minyak wangi di Malaysia

Berdasarkan jualan minyak wangi Heaven dan juga minyak wangi di bawah keluaran Perfume Heaven Global Sdn Bhd, 5 kawasan yang tercatat jualan minyak wangi tertinggi adalah Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching, Kota Kinabalu dan Sibu. Ini menunjukkan, permintaan minyak wangi banyak terdapat di kawasan-kawasan yang berpendudukan ramai. Kita sebagai pemilik jenama minyak wangi sendiri, boleh melantik ejen dan membuat jualan di kawasan-kawasan berpendudukan ramai ini. Jadi, tiada isu minyak wangi tak laku kerana data sudah menunjukkan ramai pembeli berada di kawasan-kawasan berpendudukan ramai. Negeri-negeri seperti Sarawak, Sabah, Selangor. Kuala Lumpur dan Johor Bahru menjadi pilihan ramai ejen untuk menambah pendapatan dengan menjual minyak wangi.

 klik sini untuk whatsapp kami

atau call ke 016-8334471

BUKTI PERFUME HEAVEN SANGAT KOMITED MAHU MELAHIRKAN LEBIH RAMAI USAHAWAN DALAM BIDANG MINYAK WANGI

Memasarkan produk sehingga ke luar negara.

Setiap minyak wangi yang dikeluarkan oleh Perfume Heaven mendapat sijil halal dan pengiktirafan Sirim (selamat digunakan).

Mendapat pengiktirafan Anugerah Wira Digital 2017 dan 'Outstanding Halal Business Award'OIC International Business Centre in collaboration with Islamic Centre for Development of Trade (ICDT)

Serta mempromosikan program Jutawan Perfume ini di media massa seperti rancangan Malaysia Hari ini (tv3).


KEPAKARAN PERFUME HEAVEN

Syarikat Perfume Heaven merupakan syarikat minyak wangi yang ditunjangi oleh Bumiputera. Kami mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam mengeluarkan produk minyak wangi yang diiktiraf halal oleh JAKIM. Syarikat kami juga telah berjaya membantu lebih 350 usahawan perfume di seluruh Malaysia. Dalam kalangan 350 orang usahawan ini, kami berjaya melahirkan jutawan-jutawan baru dalam sektor produk wangian. Dengan formula minyak wangi yang terbukti kualiti dan ketahanan wangiannya, kami mahu membantu anda berjaya seperti kami di dalam bidang produk minyak wangi dengan jenama perfume anda sendiri. Kami akan kongsikan segala pengalaman yang telah kami lalui sepanjang membangunkan dan memajukan Perfume Heaven kepada anda.
Kini, tiba masanya untuk anda pula yang menyerlah..!

klik sini untuk whatsapp kami

atau call ke 016-8334471

BUKTI SYARIKAT KAMI BERJAYA MEMASARKAN PERFUME HEAVEN KE SELURUH MALAYSIA

Memperkenalkan..

Formula Empayar Perfume

KINI, semua orang boleh menjadi jutawan dengan jenama perfume anda sendiri!

7 Kelebihan anda membina empayar bisnes perfume jenama anda sendiri bersama dengan Perfume Heaven

Jom saya kongsikan apa 350+ usahawan minyak wangi yang lain telah dapat setelah mengikuti program Jutawan Perfume bersama dengan Perfume Heaven:

Kelebihan #1 – Kami menghasilkan lebih 100 jenis minyak wangi

Anda boleh memilih salah satu daripada 100 jenis minyak wangi yang kilang kami boleh hasilkan untuk anda. Antara jenis-jenis minyak wangi yang boleh kami hasilkan adalah parfum, EDP, body mist, bath oil (mandian spa) dan minyak angin berubat. Jadi, anda boleh pilih nak buat minyak wangi untuk badan ke.. untuk baju ke.. untuk mandian. Semua ni kami boleh buat!

Kelebihan #2 – Anda boleh memilih dari 106 wangian yang kami ada dan 19 aromatharapy yang kami ada!

Anda tidak perlu risau tentang nak cari kat mana botol perfume, macam mana nak buat packaging untuk produk perfume anda.. Kerana, kami sendiri yang akan membantu anda membuat minyak wangi jenama anda. Bermula dari pembuatan, mengisi minyak wangi ke dalam botol sehingga siapkan packaging untuk perfume jenama anda. Anda hanya perlu pilih design dan warna sahaja untuk perfume jenama anda sendiri itu. Yang lain, biar kami yang settle-kan.

Kelebihan #3 – Boleh menggunakan pengsijilan HALAL dan kajian makmal yang telah kami perolehi pada prodak anda.

Anda jimat tanpa perlu membuat pensijilan halal atau kajian prodak kerana kami telah lakukannya. Kami beri kebenaran untuk anda gunakan pensijilan yang kami ada.

Kelebihan #4 – Minyak wangi selamat digunakan dan melepasi kajian makmal SIRIM & Bioteck

Kami tidak akan sesekali membuat minyak wangi yang merbahaya kepada pengguna. Setiap produk minyak wangi yang kilang kami hasilkan telah diuji terlebih dahulu isi kandungannya. Jika terdapat bahan bahaya dan tidak sesuai untuk minyak wangi tersebut, pihak makmal tidak akan membenarkan kami mengeluarkan perfume tersebut. Jadi, setiap minyak wangi yang kami keluarkan ini terbukti selamat dan halal kerana telah melepasi setiap ujian dalam kajian makmal dan mendapat pengiktirafan halal dari JAKIM.

 

Kelebihan #5 – Kami bukan minta anda jadi founder sahaja.. kami latih anda sehingga berjaya!

Mahu kami bantu anda dari segi pemasaran di Facebook, Instagram, Google Adwords dan bina laman web sendiri? Kami akan latih anda dari mula sampai anda berjaya melatih ejen-ejen anda sendiri! Di dalam latihan ini, kami akan kongsikan strategi serta teknik berkesan untuk menjual melalui Facebook Ads, Instagram, Google Adwords dan pemasaran online yang lain. Jadi, anda tidak perlu berasa takut sekiranya anda masih tidak mahir dengan pemasaran-pemasaran online yang lain. Kami janji.. kami akan guide anda sehingga anda berjaya melatih ejen di bawah anda menjana 5-6 angka setiap bulan dengan menjual perfume jenama anda!

Kelebihan #6 – Lagi best.. kami tunjukkan kepada anda bagaimana kami mempromosikan minyak wangi jenama sendiri ke luar negara

Suka tak kalau kami katakan, anda pun boleh memasarkan perfume jenama anda sendiri ke pasaran luar negara sepertimana kami lakukan sekarang ni? Mesti seronok bukan apabila ‘mat saleh-mat saleh’ di luar sana membeli dan mencuba perfume jenama anda sendiri. Ini akan menaikkan jenama perfume anda di luar mahupun di dalam negara. Jika anda bersetuju untuk membuat perfume dengan jenama anda sendiri bersama kami, kami akan tunjukkan kepada anda saluran-saluran yang betul untuk anda pasarkan perfume jenama anda ke luar negara.

Kelebihan #7 – Last and but not least, kami bantu dapatkan geran pemasaran daripada agensi-agensi kerajaan - KHAS BUAT ANDA! Suka tak?

Jika anda mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Matrade, Maida, SMECorp, Mara dan agensi-agensi lain, kami akan bantu anda dapatkan bantuan geran pemasaran untuk anda. Geran pemasaran ini akan membantu anda memasarkan jenama perfume anda ke serata Malaysia dan ke pelusuk dunia dengan cepat dan meluas. Dengan geran pemasaran ini juga, memudahkan anda untuk mendapatkan bantuan kewangan mahupun latihan daripada agensi kerajaan. Dengan cara ini, perfume jenama anda akan pergi jauh lagi. Kami janji.. dengan formula yang bakal anda peroleh ini, anda boleh membina team jualan anda sendiri bermula dengan ejen yang malu-malu untuk menjual sehingga berjaya buat orang terkejar-kejar untuk dapatkan perfume anda. Serta.. didik ejen anda dari seorang ejen yang biasa-biasa sahaja menjadi seorang stokis yang mampu menjual beribu-ribu botol perfume jenama anda sendiri dalam masa sebulan!


Q & A

Q : Berapa banyak jenis produk yang dikeluarkan oleh Perfume Heaven? A : Perfume Heaven mengeluarkan wangian dalam beberapa kategori. Antaranya adalah..
  1. Parfum
  2. EDP
  3. Body Mist
  4. Bath Oil (mandian spa)
  5. Minyak Angin Berubat
Q : Berapa lama ketahanan produk perfume yang dikeluarkan oleh Perfume Heaven? A : Ketahanan produk perfume bergantung kepada kepekatan wangian, suhu persekitaran dan kelembapan. Secara amnya, Parfum mengandungi 65% kepekatan dan boleh bertahan sehingga 24 jam. Manakala EDP pula, 30% kepekatan dan boleh bertahan selama 12 jam. Q : Untuk memulakan jenama perfume sendiri, berapa banyak modal pertama yang perlu dikeluarkan? A : Untuk memulakan perniagaan jenama perfume sendiri, anggaran pelaburan adalah sebanyak RM3,720. Modal ini termasuklah pembelian botol dan pembuatan liquid perfume. Bagi pakaging, pihak syarikat akan memberikan senarai pengilang yang berkoliberasi dengan kami untuk membantu anda membuat pakaging terbaik untuk anda. Q : Apakah khidmat nasihat selepas menjadi OEM Perfume Heaven? A : Perfume Heaven akan membimbing anda dari segi plan pemasaran, pembinaan website, pemasaran Facebook, Instagram, Google Adwords, memasarkan ke luar dan dalam negara serta gran-gran bantuan daripada kerajaan. Q : Adakah Perfume Heaven membantu OEM mendapatkan pengesahan sijil Halal dari JAKIM? A : Semua OEM akan dibantu untuk mendapatkan pengesahan sijil Halal JAKIM. Kami akan bantu menyiapkan dokumen dan penyerahan dokumen kepada JAKIM tanpa sebarang bayaran. Pembayaran permohonan sijil Halal dari JAKIM hanya dikenakan RM2500 sahaja.

klik sini untuk whatsapp kami

atau call ke 016-8334471